09 October 2012

Seriously Terharu

assalamualaikum

huwaaa! sha terharu giler dengan malaun-malaun nih. bila nak ambil laptop tetibe je ade hadiah jatuh dari laptop. ingat kan hadiah sape lah. rupanya sha punya!! terharu lagi!!

rupa-rupanya diorang dah prepare hadiah ni bulan lepas.
lama giler kan?
sumpah mereng bebudak nih.

petang tadi kebetulan sha tido sebab kepenatan main game. hehe. bangun tido je tetibe diorang tanya, sha taknak guna laptop ke? sha cakap lah tak sebab baru bangun kan takkan lah tetibe je nak guna laptop. pelikss. tu rileks lagi. masa makan tetibe ade senior ni yang tak pernah tengok running man tetibe je cakap nak tengok running man masa makan. ehh?! sha cakap lah yang external takde. tetibe dia cakap nak tengok adam & hawa lak. ehh?! dah kalau external takde, makne nye semua movie takde ye. lepas makan tetibe tergerak hati nak guna laptop. masa ambil laptop tu tetibe paappp!. ade hadiah jatuh dari laptop sha. sha ingatkan hadiah tu budak-budak ni nak surprise kan orang lain. sha pun buat diam je lah sebab memang tak expect ape-ape kan. masa sha tengah sibuk on laptop diorang semua terdiam. hahaha. pelik jugak tetibe diorang terdiam lepas hadiah tu jatuh. haha. rupanya hadiah tu sha punya. ok sha ni memang blur giler time tu. tapi still dalam hati terharu.

terima kasih korang. so sweet!
sorry la kalau sha spoil kan mood korang nak surprise kan sha!
kehkehkehkeh









p/s : maaf gambar tak cantik..snap dari phone je :)

07 October 2012

My Love

I'm not beautiful like others. I'm also not perfect like everyone else. I am aware of that fact. Men come and go with ease in my life. Why they easily trot at me? I seem to have no value in their eyes. Sometimes I feel very insulted. But I still keep quiet because this might a trials from Allah.

He comes in my life when I was in sadness. He seemed to give hope and a new lease on my life.

Why should he test me? I accept you even you're not rich. Sorry but I cannot receive if you were a drug addict. Maybe you can say that you just test me. But I thought about my family acceptance in the future. Can they accept you? I don't think so because no parent wants to see their daughter to live with a drug addict. Probably my mistake for not telling you the real reason why I cannot receive if you're a drug addict. But then you tell me that you're not a drug addict. You told me, that I was not sincerely accept yourself. My fault for not telling the truth. I am disappointed with myself. I'm also disappointed because I lost you.

I don't know how to express what is in my heart. I feel burdened. I was tired by all this. It may sound rather silly. But I really need you now. I love you with all my heart and soul.

02 October 2012

Stressssss (GARY)

assalamualaikum

sha tengah stress sebab paper BEL311 susah. tapi yang susah bahagian essay je. hailaahh. rase mau nangis je sekarang. sha pun taktau la ape sha taram kat dalam essay sha tu. mintak-mintak la lecturer sha baik hati bagi mark tinggi sikit kat bahagian essay tu. hehe. BEL311 awak betul-betul membunuh jiwa & raga saya ni tau! jom hilangkan stress dengan tengok korean variety show. RUNNING MAN here i come bebeh!


28 September 2012

Rahsia Tahi Lalat

assalamualaikum



sha tiba-tiba rasa nak kongsi dengan korang pasal maksud yang ada disebalik tahi lalat nih. walaupun ramai yang dah tau. sha tetap nak kongsi jugak. tak kira! ops TER-gedik pulak. hehe


1.   Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
2.   Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
3.   Ubun-ubun - kurang jujur
4.   Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
5.   Di Kening kanan - cergas dan cekap
6.   Di kening kiri - cergas dan sopan santun
7.   Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
8.   Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
9.   Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
10.   Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
11.   Di alis kanan - baik hati, suka menolong
12.   Di alis kiri - ramai yang suka
13.   Di pipi kanan - ramai teman
14.   Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
15.   Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
16.   Pada hidung - banyak rezeki
17.   Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18.   Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
19.   Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
20.   Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
21.   Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
22.   Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
23.   Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
24.   Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
25.   Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
26.   Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
27.   Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
28.   Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
29.   Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30.   Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
31.   Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
32.   Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
33.   Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34.   Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35.   Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
36.   Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
37.   Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
38.   Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
39.   Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
40.   Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
41.   Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
42.   Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
43.   Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
44.   Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
45.   Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
46.   Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
47.   Ketiak kanan - menyimpan rahsia
48.   Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
49.   Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
50.   Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
51.   Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
52.   Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
53.   Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
54.   Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
55.   Betis kanan - suka berpoya, boros
56.   Betis kiri - tidak suka menganggur
57.   Tumit kanan - jujur, banyak kawan
58.   Tumit kiri - baik budi
59.   Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
60.   Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
61.   Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62.   Lutut kiri - kurang berusaha


ni lah hasil yang sha jumpa. ehem ehem. tahi lalat korang kat mane ye? :)


23 September 2012

Rindu

assalamualaikum

tetibe rasa rindu rambut panjang :(

#new hair

#the old one

Adam dan Hawa

assalamualaikum

drama Adam dan Hawa yang diadaptasikan dari Novel Adam & Hawa makin popular. sha sendiri pun teruja nak tengok cerita ni. pelakon-pelakon dalam cerita ni bagi sha semuanya berbakat. pengarah drama bersiri ni memang thumbs up la sebab dia pandai gabungkan hero & heroin yang berbakat and sweet dalam cerita ni. mula-mula sha ingat heroin drama ni macam agak bosan. tapi tak sangka dia berbakat jugak walaupun sebelum ni cuma berlakon sebagai pelakon pembantu je. sha paling suka babak dia marah-marah Adam. seriously meremang sha tengok dia berlakon scene tu. tapi yang agak bosan dalam drama ni, rambut diorang yang spesen je. emm no wonder la rambut sama sebab pendandan rambut sorang je. paling tak suka rambut anzalna sebab nampak macam berkepuk-kepuk. hehe sorry. sha cuma bagi pendapat je.

bagi yang nak download drama Adam & Hawa ni. sha dah sediakan link kat bawah ni. insyaallah sha akan update sentiasa :)

Adam & Hawa 1
Adam & Hawa 2
Adam & Hawa 3
Adam & Hawa 4
Adam & Hawa 5
Adam & Hawa 6
Adam & Hawa 7
Adam & Hawa 8
Adam & Hawa 9
Adam & Hawa 10
Adam & Hawa 11
Adam & Hawa 12
Adam & Hawa 13
Adam & Hawa 14
Adam & Hawa 15

Qazakh Burger

assalamualaikum

post sha sebelum ni sha ade bagitau yang sha nak share gambar burger qazakh ni kat korang semua. sha memang busy ge-GILER sampai terlupa nak post. ok ni gambar-gambar nye ye. sorry kalau image tak cantik :)




© HAK MILIK SHAHEERA